Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila
pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Semua orang akan
tersenyum melihat rama-rama. Ia
mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap
di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang
rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa
yang melekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke
jari-jari anda.. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali
tidak tertarik padanya lagi. Harganya
telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah
untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang
tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah
telah mula tercemar. Begitulaha wanita... Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa
corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan
lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak
apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk
memulakan hidupnya. Dia terpaksa
membebaskan diri daripada kepompong.
Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada dikepompong tiada
siapa yang pedulikannya, maka tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar
rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan
evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang
menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik
wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah telalu mabuk
sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, di hambat dan di rayu
usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah
memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak
muncul sendiri, sebaliknya adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam
bingkai gambar, indah di pandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan
kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan
maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada
siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. Post-man
butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihtan
manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia
mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun…rama-rama tidak pernah tahu
dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran penting manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda
itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak
sedar diintai bahaya. Mahalkan harga
diri anda. Semakin sukar anda dimiliki
semakin mahal nilai anda si sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memilik
tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda..Usah
terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda..
Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan..jadilah wanita anggun yang punya
nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati…Niali anda bukan terletak pada
berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang
benar-benar sanggup menyintai anda..Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan
belaian sayang penuh ikhlas. Selama amna
anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan
sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan
alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang…………..
‘Cerita ini dipetik daripada karya Dr. HM Tuah
Iskandar al-Haj’
NICEkan …. Cerita nie mampu menitiskan airmata kalo kite
betul2 mengahyati isi tersiratnya…Sungguh indah dan menyentuh hatiku…… Betapa
indahnya ketentuan Allah…Menciptakan rama-rama untuk menjadi kiasan/ikhtibar
untuk kaum wanita…Indahnya wanita kerana malunya : “Malu adalah mahkota yang tak perlukan
singgasana tapi ia berkuasa menjaga diri dan harta. Tiada siapa yang akan mampu merampas mahkota
tu melainakn diri sendiri yang menyerahkannya”…so sekadar peringatan untuk
diriku dan jua kaum wanita diluar sana jagalah diri dengan sebaiknya…Janji
allah itu pasti…”PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK..BEGITULAH
DISEBALIKNYA….”


