Blogger Templates

Tuesday, November 20, 2012

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga...Kasihnya Ayah Sanggup Berkoban dan Membawa Bahagia...



Sejak kebelakangan ni..hati dan perasaan asyik memikirkan emak dan abah di kampung..urm..teringat kesusahan mereka dalam mendidik kami 5 beradik..Masa kecik emak dan abah saya mendidik kami 5 beradik dengan rotan dan sebagainya..Tidak di belai di manja seperti anak-anak sekarang..Tetapi kerana didikan rotan itu lah saya menjadi dewasa dan mengenal erti kehidupan yang sebenar..Adakalanya apabila saya teringat akan mereka air mata sering kali mengalir..bukan menagis kerana kecewa..bukan nagis kerana bersedih..tetapi menagis kerana saya bangga mengenangkan pengorbanan mereka dalam mendidik kami adik beradik..Tidak pernah sekalipun terdengar rungutan daripada emak & abah dari segi wang ringgit atau penat lelah mereka dalam mendewasakan kami adik beradik..terima kasih yang tidak terhingga kepada emak & abah..Kami adik beradik tidak mampu membalasnya dengan wang ringgit...hanya kasih sayang, doa anak yang soleh yang berterusan yang dapat kami hulurkan...Sayang mak abah sangat2....**Tadi saya terbaca stau artikel daripada iluvislam.com yang sekali lagi membuatkan saya mengalirkan airm mata mengingatkan pengorbanan mereka...terharu yang tidak terhingga....mari hayati bersama...

Thursday, November 1, 2012

30 WEEKS DAH...........


Sedar-sedar tak sedar dah 30 weeks usia kandungan saya..ni bermakna lagi 10 minggu je lagi sebelum si kecik dalam perut ni nak keluar melihat dunia ni…Harapan umi kepada si kecik nie semoga sihat2 selalu dan sentiasa aktif berada dalam perut Umi nie..sabar ye anakku..tak lama lagi dapat la tengok dunia ni…Harapan umi bila dah keluar nanti dapat menjadi anak yang soleh…dan berguna kepada dunia dan akhirat…

Perasaan yang sukar di jangka buat masa ni..adakalanya..saya rasa tak sabar untuk menunggu si kecik ni lahir ke dunia nie…dan dalam masa yang tinggal dalam masa 2 bulan ni..perasaan berdebar..takut pun ade gak…Insya Allah akan memikul amanah Allah ini dengan sebaiknya…Dan sejak kebelakangan ni…kaki kiri terlalu sakit..bengkak yang tak nak surut-surut..kaki kanan pun bengkak juga tapi tak berasa sakit pulak…2 ari lepas pergi mengurut dgn bidan bersalin..mula-mula saya fikirkan salah urut..tapi bidan kampung tu cakap sakit dan bengkak tu disebabkan pembawakan si kecik dalam perut ni..die cakap die faham perasaan saya..menurut bidan tersebut, sakit kaki tu akan hilang sebaik sahaja si kecik nie selamat dilahirkan.. Wah lame lagi tu…tapi demi anak umi, Insya Allah akan umi kuatkan semangat untuk menempuh ujian Allah ni…Dan sejak kebelakngan ni, si kecik saya ni terlalu aktif di waktu malam…saya selalu cakap dengan hubby saya..jgn la die aktif jugak di waktu malam tika dia selamat melihat dunia ni nanti..hiihihi…jangan merajuk yer sayang…

Ha cuba tgk gambar kat bawah ni…





Satu penghargaan yang tak terhingga buat “My Beloved Hubby” yang tak jemu melayan pelbagai kerenah sepanjang saya mengandung ni..lepas satu dugaan 1 dugaan yang datang..kuat semngat hubby saya melayan kerenah saya…sekarang ni plak..my hubby ade kije part time malam-malam…urut kaki saya yang kian membengkak ni..berkurangan sikit rase sakit bila org yang tersayang urut kita dengan seikhlas hati…
Thank My love….