Blogger Templates

Thursday, November 1, 2012

30 WEEKS DAH...........


Sedar-sedar tak sedar dah 30 weeks usia kandungan saya..ni bermakna lagi 10 minggu je lagi sebelum si kecik dalam perut ni nak keluar melihat dunia ni…Harapan umi kepada si kecik nie semoga sihat2 selalu dan sentiasa aktif berada dalam perut Umi nie..sabar ye anakku..tak lama lagi dapat la tengok dunia ni…Harapan umi bila dah keluar nanti dapat menjadi anak yang soleh…dan berguna kepada dunia dan akhirat…

Perasaan yang sukar di jangka buat masa ni..adakalanya..saya rasa tak sabar untuk menunggu si kecik ni lahir ke dunia nie…dan dalam masa yang tinggal dalam masa 2 bulan ni..perasaan berdebar..takut pun ade gak…Insya Allah akan memikul amanah Allah ini dengan sebaiknya…Dan sejak kebelakangan ni…kaki kiri terlalu sakit..bengkak yang tak nak surut-surut..kaki kanan pun bengkak juga tapi tak berasa sakit pulak…2 ari lepas pergi mengurut dgn bidan bersalin..mula-mula saya fikirkan salah urut..tapi bidan kampung tu cakap sakit dan bengkak tu disebabkan pembawakan si kecik dalam perut ni..die cakap die faham perasaan saya..menurut bidan tersebut, sakit kaki tu akan hilang sebaik sahaja si kecik nie selamat dilahirkan.. Wah lame lagi tu…tapi demi anak umi, Insya Allah akan umi kuatkan semangat untuk menempuh ujian Allah ni…Dan sejak kebelakngan ni, si kecik saya ni terlalu aktif di waktu malam…saya selalu cakap dengan hubby saya..jgn la die aktif jugak di waktu malam tika dia selamat melihat dunia ni nanti..hiihihi…jangan merajuk yer sayang…

Ha cuba tgk gambar kat bawah ni…





Satu penghargaan yang tak terhingga buat “My Beloved Hubby” yang tak jemu melayan pelbagai kerenah sepanjang saya mengandung ni..lepas satu dugaan 1 dugaan yang datang..kuat semngat hubby saya melayan kerenah saya…sekarang ni plak..my hubby ade kije part time malam-malam…urut kaki saya yang kian membengkak ni..berkurangan sikit rase sakit bila org yang tersayang urut kita dengan seikhlas hati…
Thank My love….

No comments:

Post a Comment